We have received a one last word from one of our patriot. Cry if you wish as you read his last SMS.
Another is a reaction from one of our security personnel to the unfair criticism and insult leveled at them. They fighting spirit is admirable.
We are in our comfortable arm chair looking at the computer while they are out there putting their life on the line.
They need our support and unity.
This is one last SMS from one VAT69 trooper:
"Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..Below is one VAT69 expressing his feeling in a page:
Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..
Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..
Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..
Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."
[SMS terakhir seorang Vat69 sebelum terkorban... Al fatihah]
Pay attention to 4:14
"Kami orang2 polis tdk akn berundur...biar putih tulang.. Jgn putih mata....."Update 4:43 PM:
Teringat kata2 terakhir salah seorang pejuang bukit kepong... Dan hari ini....semangat yg sama msih mengalir dlm diri kami...... Kpd yg terus pertikaikan... Ucapkn lah seribu tomahan..cercaan... Katalh apa shj semahu kalian..yg nyata...
PERJUANGAN KAMI BUKAN SANDIWARA...kami POLIS DIRAJA MALAYSIA... Siapa saja kerajaan yg memerintah..kpd mereka kami taati.... N
YAWA YG MELAYANG KRN PERTAHANKAN NEGARA BKN SANDIWARA... BUKAN LAKONAN...BUKAN TEATER UTK TONTONAN KALIAN...
BERHIJAB LAH SEDIKIT BILA BERBICARA...SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU...BIAR BAYU MENJADI TAUFAN..TIDAK AKAN SEKALI KAMI SERAHKAN KALIAN KEPADA PETUALANG...
BIAR BERMANDI DARAH..BIAR HANCUR LUMAT TULANG BELULANG....KAMI PDRM DAN ATM......BUKAN SEBARANG... kpd semua rakyat malaysia..
Meski kami xselalu dihargai... Meski jasa kami tidak terpandang...tp ketahuilah... Andai kata petualang negara sudah berdiri dihadapan kamu menghunus senjata mengalirkn darah kalian... Ketahuilah.. Darah kami sudah terlebih dahulu kering dimedan tempur.
Dan untuk itu...doakanlah yg terbaik untuk kami wahai teman wahai sahabat... Jgn terus memfitnah tanpa belas.. Krn negara kami ikhlas..
Krn negara kami tinggalkn segala kepentingan dan keluarga... Kalaupun tiada penghargaan mampu diberi.. Hentikanlah mengeji... Jagalah hati keluarga mereka.. Terakhir kalinya... KAMI POLIS DIRAJA MALAYSIA.... bkn polis beraja politik...
Siapa pemerintah kpd mereka setia bersumpah....
JANGAN MEMPOLITIKN TUGAS KAMI... fikir dgn akal yg waras.. Bukan menyukat dgn sukatan dangkal...
Yesterday's casualty:
Belansungkawa
JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:
Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara..!
On the first day of casualty: