Quantcast
Channel: Another Brick in the Wall
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1572

Tabung Bantuan untuk Kampong Melayu Sibu terakhir

$
0
0

Satu kebakaran besar berlaku di kampong Melayu terakhir di Sibu, Kg Dato Sibu pada beberapa hari lepas pada Jun 19hb.

Kampong ini habis ranap terbakar dan penduduk memerlukan bantuan. Satu Tabung telah ditubuhkan dan kami menyeru sumbangan dan derma untuk membantu diselamatkan Kampong Melayu Sibu terakhir ini..

Menurut blog Satu Destinasi [baca SINI], Kampong Dato' merupakan perkampungan Melayu terawal di bandar Sibu.

Kampong ini menunggu masa untuk bakal pupus seperti mana Kg Nyabor dan Kg Pulo yang kini cuma tinggal sebagai nama Jalan Kg Pulo.

Di Kg Palo lah tempat kelahiran pejuang kemerdekaan Sarawak Rosli Dhoby. Sayangnya Rosli Dhoby hanya diingati di Sibu sebagai hanya sebuah jalan di tepi Dataran Bandar Sibu.

Kampong Dato' terletak di tepi Sungai Rejang yang berderet kelihatan kilang pembiinaan kapal. Terletak di hujung bandar Sibu di tepi padang besar Dataran Bandar Sibu, kampong ini bersempadan dengan pembangunan terbaru Sibu seperti Hotel Paramount.



Pelan pembangunan  bandar Sibu bakal meliputi Kampong Dato dan juga Kampong Nangka dalam Dewan Undangan Nangka.


Ekoran satu kebakaran besar-besaran yang telah menghanguskan 500 buah rumah. kebakaran, bakal hilang terus ciri-ciri kekampongan Melayu aslinya ekoran

Memang kampong ini hanya menunggu masa untuk tunduk kepada tuntutan kemajuan dan bakal dimajukan pembangunan yang sedia ada menjadi pusat komersial baru bandar Sibu.

Tiada pula tanda-tanda yang menunjukkan ada usaha sabotaj terancang seperti yang dilakukan oleh pemaju di Semenanjung menggunakan 'gangster' untuk pindah paksa penduduk dari kawasan setinggan.

Ia pun bukan amalan di Sarawak yang aman dan pelbagai kaum hidup dalam harmoni.



Namun begitu, seorang rakan blogger Taiping Mali sini yang pernah tinggal di Sibu dan beristeri orang Sibu mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabla mangsa terpaksa tunjuk perasaan menyuarakkan keengganan untuk berpindah, 

Bandar Sibu didominasi oleh orang-orang Cina keturunan Foochow. Orang-orang asal Melayu, Iban dan kaum-kaum lain telah diensut sedikit demi sedikit luar dari bandar hingga kini penempatan orang asal adalah sejauh 15 km dari bandar Sibu.

Sejak tahun 2010, Sibu telah mula mengalih sokongan dari BN kepada DAP di mana DAP berjaya memenangi pilihanraya kecil tahun iu dan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen tersebut di PRU lepas.

Kawasan bandar terus dikuasai DAP pada Pilihanraya Negeri tahun 2011.

DAP menggunakan isu ugama untuk menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan penganut Kristian untuk mengubah sokongan rakyat Sibu dari BN. Kempen politik membenci ini bakal berterusan diguna untuk menumbangkan sokongan rakyat kepada BN di Sarawak. 

Adakah ini berlaku akibat penguasaan politik DAP di Sibu dan sokongan padu orang Cina?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1572

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>