Quantcast
Channel: Another Brick in the Wall
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1572

The "zaman Tun" layman should remember ...

$
0
0

KAMI RINDU ZAMAN TUN

Oleh Rio Rashid (Facebook)

Kami rindu zaman Tun,
Ketika harga teh 'o' ais ikat tepi 80 sen sebungkus,
Nasi goreng ayam baru RM1.50 sepinggan,
Cuma gaji kerani RM380 sebulan, sebelum ditolak EPF,
Kerja kilang RM415 termasuk OT setiap hari,
Kalau nak gaji lebih RM1000 sebulan, pergi jadi buruh kasar di Singapura.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika harga ayam jauh lebih mahal daripada harga ikan,
Sebelah ayam dipotong kecil untuk sekeluarga makan, dua minggu sekali,
Masa tu kami tak perlu meroyan pasal harga ikan kembong,
Tidak muak seperti sekarang, bila setiap minggu meratah KFC.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika yuran sekolah mesti dibayar setiap tahun,
Ketika buku teks mesti dibeli, jika tiada surat sokongan penghulu kampung,
Ketika kakak terpaksa lupakan SPM bila tak mampu bayar yuran periksa,
Ketika ayah gadaikan tanah semasa abang ditawarkan memasuki Universiti Malaya.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika setiap rumah yang memiliki TV, wajib juga memiliki lesen,
Ketika tidak terkejut nampak TV tersorok di tandas dan juga di bumbung,
Mujur keluarga kami tidak mampu memiliki TV, kami tidak perlu membayar lesen,
Cuma menumpang tengok di rumah jiran, setiap kali ada drama swasta atau filem-filem P. Ramlee.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika jalanraya belum lagi sesak dengan traffic jam,
Ketika berita kemalangan cuma terdengar seminggu sekali di Berita RTM,
Kerana Guru Besar sekolah cuma menaiki Mercedez 3rd hand atau Proton Saga Sedan,
Tidak seperti sekarang, tukang kebun sekolah pun dah naik Perodua Alza.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika cuma TV, radio dan suratkhabar menjadi sumber berita,
Ketika mulut pembangkang dibisukan dan jasad mereka di-ISA-kan,
Kini pening dengan segala bentuk fitnah dan propaganda media sosial,
Kalaulah Tun masih berkuasa,
Kita tentu miliki akses Internet setanding Korea Utara,

Kami rindu zaman Tun,
Dapat mandi air sabun percuma di atas jalan raya,
Berkejar-kejaran dengan FRU memperbaiki stamina,
Mendapat cenderahati atas belakang, birat hasil pukulan cota,
Sekarang dah bosan, aksinya cuma selfie, menapak sambil memijak-mijak gambar.

Kami rindu zaman Tun,
Ketika proses buat kad pengenalan dan pasport memakan masa berminggu, berbulan,
Sekurang-kurangnya banyak kali kami dapat merasa naik lif ke JPN atau Pejabat Imigresen,
Sekarang di UTC kononnya boleh siap dalam masa 1 jam,
Tapi... baru 40 minit kami sudah dipanggil selesaikan urusan.

Kami rindu zaman Tun,
Walaupun kami lahir pada tahun 1995,
Baru berumur 7 tahun,
semasa Tun menangis mahu bersara...

*** I want to move forward and not backward.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1572

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>