Quantcast
Channel: Another Brick in the Wall
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1572

Ucapan dasar Presiden UMNO di PAU 2017

$
0
0

KUALA LUMPUR: Berikut adalah teks penuh ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bertajuk ‘UMNO: PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI KESEJAHTERAAN NEGARA BANGSA’ pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

BAHAGIAN I : MUKADIMAH

lhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain.

1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan.

2. Lalu, diseru ke atas orang yang beriman bagi mengucapkan; Allahumma Solli Ala Sa iyy i – dina Muhammad, Wa a’la A – li Sai yyi – dina Muhammad .

3. Pertama-tamanya, pada pagi yang penuh permai, 7 haribulan Disember 2017, bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439 Hijriah, marilah kita mendoa kan agar majlis ini menjadi perhimpunan yang dirahmati dan penangguhannya nanti sebagai satu amal yang di berkati oleh Allah, mudah-mudahan.

4. Sehubungan itu, bagi kali yang Ke-68, kita berasa sungguh bersemangat,… melihatkan,…Pusat Dagangan Dunia Putra ini,… penuh sesak, dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun,… tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja, … sampai amat merinding dan berdiri tegak!,…bulu roma,…bahawa,… semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita di kandung badan,… AKAN MARAK,…TERUS BERNYALA-NYALA,…

Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Saudara dan Saudari,

5. Sayugia ingin di alu-alukan, Ahlan Wa Sahlan , kehadiran keseluruhan 2,718 perwakilan dari 191 bahagian UMNO , seluruh negara, bermula dari Padang Besar , Perlis di sempadan Siam , membawa ke Penghujung Tanah Besar Asia di Tanjung Piai, Johor, sehingga ke Simpang Mengayau, at the tip of Borneo di Kudat dan Sandakan Sabah.

6. Sememangnya lagi, seperti yang dapat kita saksikan, perhimpunan hari ini ternyata sungguh berbeza,…auranya pun cukup luar biasa,…kerana, … inilah satu persidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua.

7. Apatah lagi, akan dirakam sejarah,… dengan catatan rekod kehadiran paling banyak jumlah perwakilan, ahli dan para pemerhati serta orang ramai,..berbondong-bondong,…melimpah ke seluruh lantai – lantai P – W – T – C ini, dengan jumlah, yang dikhabarkan seramai lebih 30 ribu orang.

8. Lalunya, sampai buntang mata Saya, sejak dari awal, Saya sampai ke dewan ber-tawarikh ini, kerana,…menyaksikan betapa semaraknya, lautan merah warna perjuangan, sebagai simboliknya, akan terus berkibar kencang,… panji UMNO,… SANG SAKA BANGSA .

Saudara-Saudari,

9. Inilah,…perlambangan sebuah keyakinan bahawa,… Saya,…Najib Razak selaku PRESIDEN UMNO TIDAK BERSEORANGAN,…bermakna juga KEPIMPINAN KAMI YANG DI ATAS INI TIDAK BERSENDIRIAN,…

10. Sebabnya,…tanpa sokongan tuan-tuan, AHLI-AHLI TEGAR LAGI SETIA UMNO,… yang di dalam dewan ini,… waima,…di mana jua saudara berada, apalah ertinya, kami para pimpinan yang berada di atas ini.

11. Maksudnya, … kalau sebeginilah petanda dan tamsil semangat yang dizahirkan oleh sosok-sosok para ahli dan orang – orang UMNO, … Saya yakin dan penuh percaya bahawa ,…

12. UMNO akan terus malar dan segar, untuk hidup memimpin,… bukan sekadar 30 tahun mendatang , … malah ,… InsyaAllah,… bagi tempoh SERIBU TAHUN LAGI!

13. Dengar baik – baik ,… saudara – saudari ku , … panglima – panglima ,… wirawati – wirawati serta para hulubalang bangsa dan agama,…SE – ANDAINYA HARI INI,… ditiup kan semboyan,… seraya dipalu genderang perang ,… saya mahu bertanya, …

14. Apakah kita semua sudah bersedia untuk ke medan juang .. BERSEDIAKAH KITAAAA BERSEDIAKAH KITAAAAA

Syukur,…. Alhamdulillah…. kalau itulah jawapannya.

15. Bahkan , pada 11 Mei lalu , ketika mana meraikan Ulang tahun UMNO yang ke – 71, di Stadium Bukit Jalil, .. pastinya ramai masih ingat , kita sama – sama memanjat doa, yang diaminkan pula oleh ratusan ribu ahli UMNO , memohon setulusnya ke hadrat Allah Hu Ta’ala agar, …

Dilindungilah,… perjuangan parti UMNO ini,… Dirahmatilah,… segala usaha yang kita lakukan,.. . demi agama, bangsa dan negara,… serta Diberkatilah ,.. tanah tumpah bertuah ini.

16. Justeru,… kita terus merafak harapan membumbung kepada Yang Maha Penyayang,… biar pun burung – burung berhenti bersiulan, … sekalipun bumi ini kontang tidak menghijau lagi, … hatta alam sekeliling jadi membisu,… MOHON BARANG DIJAUHKANLAH OLEH TUHAN, SEBARANG MALA PETAKA, DARIPADA MENIMPA UMAT MELAYU BUMIPUTERA INI,…

17. Lantas, marilah kita beri tepukan sekuat-kuatnya , sebagai pembakar semangat bahawa, … pertemuan hari ini bukan biasa-biasa, … akan tetapi,…satu perkumpulan yang bakal diingat dan dikenang sebagai,… PENGHULU SEGALA PERHIMPUNAN .

18. Mustahaknya, mulai sekarang, OBOR ‘PERANG’ yang jamungnya telah mula berjulang, TI – DAK SE – SE – KALI BOLEH DIBIARKAN PADAM,… DEMAMNYA pula, TI – DAK AKAN KEBAH – KEBAH, melainkan ,… melainkan,… SELEPAS KITA MENANG BESAR DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE – 14 nanti . InsyaAllah .

Saudara dan Saudariku ,

19. Apa yang penting,…

Datang bukan sebarang datang,

Himpun tidak sebarang himpun,

Walau ribut kemarau pun panjang ,

Meski taufan datang bergulung.

Perang kali ini,… yang bergelar BAPA SEGALA PILIHAN RAYA, kita akan bertempur,…berlawan,… lawan habis – habisan!!

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

BAHAGIAN II : BERPIJAK DI ATAS REALITI DAN CABARAN SEMASA

Saudara-Saudaraku, Para Pejuang Bangsa Sekalian ,

20. Dalam keriuh – rendahan gelombang merah, dalam pada kita berasa asyik dan yakin dengan semangat yang berkobar – kobar, … jika sedemikian getarannya , … inilah detik – detik yang amat menyenangkan bagi kita semua .

21. Namun , pada masa yang sama, Saya ingin mengajak kita semua, untuk kembali BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA .

22. Walau apapun,… sebagaimana dipesan orang tua-tua , sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, kita harus sentiasa BERMUHASABAH DIRI DAN PARTI, menyorot serta MENAMPAR ‘PIPI – PIPI’ PERJUANGAN ini , seraya segera bangkit dari comfort zone , yang selama ini membikin kita alpa dan lalai.

23. Pucuk pangkalnya, dalam persidangan semustahak ini, kita tidak boleh setakat bercakap perkara manis-manis sahaja kerana, bak dipesan oleh Bapak Hamka, jika hidup ini antara pahit dan manis, maka perjuangan itu juga , antara kemenangan dan pengorbanan, antara keringat serta air mata.

24. Peri-pentingnya, … ahli – ahli dan jentera parti, hendaklah selalu berwaspada dan berada dalam mode kesiap-siagaan kerana, … tak berapa lama lagi, kita akan menempuh satu episod pilihan raya yang TERGENTING lagi BERKEMUNCAK cabarannya ,…

25. Bukan sahaja kepada bangsa Melayu Bumiputera , … UMNO dan Barisan Nasional, … Kestabilan serta Kedaulatan Negara, … masa depan Syiar Islam ,… bahkan yang terpenting adalah, … adalah NASIB ANAK CUCU KETURUNAN KITA, AGAR TIDAK MELARAT DEK UNTUNG, TERSUNGKUR MEREMPAT DI TANAH SENDIRI.

26. Itulah hakikatnya Saudara – Saudaraku, kita berada di celah-celah kekeruhan dan persimpangan percarian umat Melayu , yang ketika ini, sedang berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan ARAH KOMPAS PERJUANGANNYA .

27. Justeru, kita patut berasa syukur serta bertuah kerana, dengan izin Allah Hu Ta’ala, masih lagi kekal berada dalam sebuah JEMAAH YANG KUKUH LAGI BERPADU, YAKNI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU,… UMNO!!

28. Realitinya UMNO telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentingan orang- orang Melayu Bumiputera serta rakyat Malaysia, dan kekal sebagai Petunjang Utama , kepada parti komponen Barisan Nasional.

29. Manakala, inilah detik – detik penentu rakyat Malaysia keseluruhannya, agar tidak tersasar ARAH KOMPAS HALA TUJU dalam menilai dengan matang, bukannya dengan emosi, apatah lagi terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang di media-media sosial.

Sehubungan itu, Saudara dan Saudariku ,

30. Ketahuilah, untuk Amanat Presiden kali ke-9 ini, sebetulnya tidak mudah bagi saya,… sehinggakan Saya mengambil masa yang agak panjang untuk mena’kul secara serius , … melalui siri-siri perbincangan , hati ke hati serta diskusi – diskusi percambahan minda yang mendalam lagi teliti,…

31. Bagi menentukan akan apakah intipati ucapan yang sewajarnya Saya sampaikan, dalam memenuhi amanah dan kedudukan ini.

32. Sebabnya,…Saya diingatkan berkali – kali dalam sesi – sesi perbincangan membikin ucapan ini bahawa,… dengan izin,… Today,… I shall speak not only in the inter st of my Duty as the President of UMNO , nor as the Chairman of Barisan Nasional, … but ,… but above all,…

33. My Utmost and My Paramount responsibility at this very important juncture, as the Leader , yakni ,…

34. TUGAS DAN AMANAH, SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI, BUKAN SEKADAR KEPADA LEBIH 3 JUTA AHLI UMNO, … MAHUPUN 7 JUTA AHLI BARISAN NASIONAL, … TIDAK JUGA TERHAD KEPADA 69 PERATUS BUMIPUTERA, … ISLAM MAHUPUN BUKAN ISLAM,…

35. Malah , … malah,… yang tertanggung di atas dua pundak dan bahu Saya adalah , ehwal kepentingan sejumlah lebih 32 juta rakyat Malaysia , dengan tidak mengira kaum, … latar keturunan , … apapun fahaman , mahu pun agama .

36. Simpulannya, … Saya ingin mengajak Saudara-Saudari berfikir masak-masak tentang , … Pilihan raya Umum kali ini , … is not just another General Election ,…

37. Kerana,… lebih termustahak daripada itu, … jika kali ini, … negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab , … apa yang bapa-bapa terdahulu dan kita semua bina dengan segala susah payah selama ini, … akan ranap dan musnah, … hancur berkecai di depan mata .

Saudara – Saudari,

38. Oleh itu, ketahuilah , pilihan raya kali ini, meletakkan kita di satu persimpangan pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan menjadi penentu kepada THE FATE OF THIS NATION.

39. Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya PERCATURAN PERJUANGAN kali ini, cukup serius dan TIDAK ADA TAWAR – MENAWARNYA LAGI .

40. Sesungguhnya , tidak terbayang oleh kita , mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa.

41. Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan Agama Islam dan Syiarnya , diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini ,…?

42. Keduanya , tergamakkah kita , melihat kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia , bahkan akan didurhakai ,… manakala, Institusi-Institusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA, serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan ,…

43. Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO Bumiputera , yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja , sekiranya pihak lawan memerintah .

44. Sementelahan itu, seandainya pembangkang mengambil alih , Para Penjawat Awam , yang menjadi tulang belakang Kerajaan selama ini, semestinya…. tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya ,…

45. Dan ,… sudah tentu sekali , kesumat pihak lawan, sejak sekian lama, terhadap keistimewaan orang – orang Melayu Bumiputera , sebagai leluhur jati di pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka, akan dipijak – pijak maruah dan TERGADAILAH KEINDUKKANNYA,…

46. Bahkan , lebih buruk dari itu, AKAN MEREMPAT, DICELAKAKAN SEHINA- HINANYA, SEHINGGA TERBANGSAT DI TANAH AIR SENDIRI.

47. Maka itu , kita mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan Pilihan raya kali ini, bukan hanya demi UMNO , tidak juga untuk Barisan Nasional,… namun,… TERPIKUL ATAS KITA SEMUA ,… MISI YANG AMAT BESAR,… bagi menentukan SURVIVAL yang sangat – sangat penting, … yakni DESTINI masa depan umat serta negara keseluruhannya.

Saudara – Saudari, Rakan – Rakan Seperjuangan Dalam Keluarga Besar UMNO ku Sekalian,

48. Dari itu,… marilah kita sama – sama renungkan sejenak,… seandai dan sekiranya,… UMNO, Barisan dan Negara ini tumpas ke tangan lawan,….

Apakah mungkin kita dapat bertemu lagi di Dewan berkeramat ini pada masa akan datang ?

49. Masih terdengarkah lagi , gemanya Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad,…

SOL – LAL – LA H – HU , A’LAI – HI , WA SAL – LAM yang kita kasihi.

50. Mungkinkah dibenar berkumandangnya lagi lagu – lagu patriotik UMNO lambang bangsa bertuah ini ? Bolehkah panji – panji UMNO terus berkibar?

Source: Malaysia Digest 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1572

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>